Rockafella Skank-Fatboy Slim memekak dari speaker.Haila mak oi....Aku alergic dengan A-Level bila masuk bab kena buat pre-reading nie!Dah sepatah pekemende aku tak tau mana nak paham?Shuvit betul!Tapi at least better dari setahun lebih yang sesia kat Academy.Konon nak go for Arts..Haila Ked...You can use pencils,pens and charcoal like ol’Tony using his deck.Tapi part kaler memang kau macam kera dapat watercolour.
Handset di atas meja studi tiba-tiba menjerit dengan Skater’s Anthem.Dah ramai yang menyakat kata tak up-to-date letak lagu zaman Jepun.Peduli hapa aku! Janji aku bahagia.Malas dia mencapai handset.
“Hmm...apahal dude?”
“Petang nie kau turun tak?”Suara Miju laju menerjah telinga.
“On..on..”Handset dikepit ke telinga dengan bahu sambil dia bangun dari meja studi. “Aku kena buat trick pekemende?Brief balik.”Langkahnya diatur ke night table di tepi katil.Laci dibuka mencari planner.
“Kau bawak minimum 5 la.”
“Backside melon,backside lipslide...”
“Backside 180º Kickflip...”
“Pekehal aku semua kena backside nie...”
Ketawa Miju pecah. “Dah backside kau lawa.”
Ketawa Ked turut pecah. “Gila ambiguous punya maksud...”
“Ked,kau buat combo satu.”
“Free?”
“Freestyler oh..”
“On.”
“And dun forget kau punya tailspin.The one and only.Kalau tak,tak wujud Ked Flop.”
“O~la,Hitler!”
Talian dimatikan.Handsetnya dicampak ke katil.Sebelah tangannya mengurut leher sambil dia melangkah ke sudut bilik di mana deck-decknya bersusun.Pilih..pilih..nak bawak yang mana satu.Dia bersila di depan rak deck.
Element Margera Ecology dicapai.Deck kesayangan.Dia mengukir senyum segaris.Bukan kerana ini deck yang pertama.Bukan kerana ini first love.Tapi sebab Angah yang hadiahkan.Angah yang belikan pakai duit sendiri sampai sanggup tak beli her dose of AND1 dan Tokyo Tribe sampai dekat setengah tahun.Hari nie Wrath showdown.Sideshow dah jemput budak-budak Bronx,Decko Wacko,dengan Ice rasanya.Nak hangkut deck mana satu nie.Nama clan kena jaga.Bukan setakat trick kena smooth.Gear and attire pun biar up to standard.Dia menggaru kepala.Memang la kau,Ked.Ngalahkan nak pilih date untuk prom night.Dia mencapai pula Blind Deck Hangman Mini.Cute angker!Dia ketawa sendiri tanpa sedar.Kemudian ditarik pula Hellrose Don Nguyen Banner ke riba.Classic coolio.Matanya jatuh pada deck yang last.Lambat-lambat ditariknya dari rak Hellrose James Atkins Diet yang satu tu.Dah banyak kali dah menjejak ramp dan rail.Bau spaghetti pun dah tak ketara sangat.Maunya tidak.Bergelen aku siram dengan Suave. Wheel,bearing,and truck..so far OK.Smooth.Tapi ada stain sikit.
“Along!!”Kepala Minn tiba-tiba terjengul di pintu bilik yang tak tertutup. “You sneaky skater!”Dia mencebik.
Ked berpaling. “Nie angin PMS pekenama nie.”Keningnya terangkat sebelah. “Storm bilik orang. Salam tak bagi.”
Minn sengih.Dia melangkah masuk.
Kening Ked kini terangkat dua-dua merenung adiknya.Jatuh ke kotak di tangan Minn yang terasa familiar. “Oh damn...”
“Oh damn you...I should say.”
“No...”Ked menggeleng. “Oh..damn..you...”Wajah Minn dipandangnya. “Beli deck baru tak bagi tau!”Matanya bulat.
“O~la...Hell..Lo....”Minn menggeleng.Dia mengangkat kotak itu. “Receiver.Khalid Faizal Musa.Straight from Skate America.”Minn membaca. “Sneaky!Dia yang beli deck baru tak bagi tau.”
Huh?!Rahang bawah Ked jatuh. “Bila masa Along beli?”
“Kalau Along tak beli takkan sampai sini...”Kotak di tangannya itu dihulur.
Ked menyambut.Wajahnya penuh bertanda question mark.Nama receiver.. Nama aku.Sender..Skate America.Tape dikoyak hati-hati.Flap kotak dibuka.Isinya melungsur keluar.
“Holy smoke...”Mata Minn bulat.
Ked hilang kata.Foundation Deck Poptop Logo.Complete assemble.Dia menterbalikkan skateboard itu.Dah siap dipasang wheel,truck dan bearing.Memang dah pasang siap.Bearing Element.Bones wheels.Phantom trucks.Oh man...
“Along...”
Ked mencapai kotak parcel itu.Saru lagi item melungsur keluar.The Diet for the New Millennium: The Millennium Diet. By Dr. James Atkins with Mary Gotschall.Bulat matanya merenung buku itu.What the...Sejak bila Skate America jual buku diet?!Buku hardcover itu dicapai lalu dibuka kulit buku keras itu.Pandangannya jatuh pada kad bertaip yang terlekat di mukasurat depan.
Our jargon may be different.This is what I understand by James Atkins Diet.Hope you like the deck anyway. Regards,Hadiah.

~Blind Deck ~Hellrose ~Foundation
Hangman Mini~ Don Nguyen Banner~ Poptop Logo~
***
“Lucky bastard.”
“Mind your language.”Bahu Fudge ditolak perlahan.
“My bad...”Fudge angkat kedua belah tangan. “But lucky you!”
“Kinda.”Ked menjungkit bahu.
“Oh man...”Miju dah memegang kepala.“Complete assemble!Skate America! Foundation Poptop Logo some more!Bones for wheels and Phantom for trucks!Your fav!Creepy man...creepy...”
Ked merenung jauh.Maunya tak freak aku out!Mana budak tu tau aku hardcore wheel Bones dengan truck Phantom?Mana dia tau nama aku?Mana dia tau alamat aku?Gila jeepy creepy...
“Tapi macam best jugak apa.Kalau dapat awek macam tu.Petala ke lapan punya memahami bf sebagai sorang skater.”Miju sengih. “Gila...Foundation Poptop Logo comes knocking on your doorstep,man.”
“But don’t forget the James Atkins Diet Book.”Am sengih.
Ketawa pecah.
Fudge,Am dan Rage berpandangan.Sengap je Ked apahal.
“Teringat kat awek tu ke?”Bahu Ked diraih.Miju memandang Ked yang merenung jauh ke tengah ramp.
“Bangang la tu,dude.”Datar dia menjawab. “Creepy freaky la awek tu.Entah mana dia dapat nama aku,address aku.”
Angguk. “Agree.”Serentak yang lain menjawab.
***
“He has it.”
“He likes it then.”
Kening double-jerk. “Thanks to me as your spy.”Wawa sengih.
“Thank you,Matahari.”
“No prob.Bising Apek dengan Klutz masa aku tanya tu.”Wawa memeluk tubuh sambil memandang ke tengah ramp di mana skater-skater sedang beraksi. “Jangan diorang kantoikan aku sudah.Kau takpe la boleh lari balik US.”
Ketawa.
Wajah si teman dipandangnya dengan hujung mata. “Tapi aku pelik jugak.Yang kau pergi perabis duit beli menatang tu kat dia buat apa?Siap dengan Atkins Diet Book lagi tu.”
Jungkit bahu. “Kill his ego.”
“Gila.”
“Tone down his kerek sikit.”
“Kau kenal dia ke?”
“Tak.”Ketawa.
“And you spend hundreds on him?Nak mampus?”
Dia mengeluh perlahan. “Memang kepala masa tu macam tak betul.Balik rumah je ari tu aku tension abis.Rasa nak bagi je bunga capoeira bagi mulut dia bisu masa tu.Tak sedar je aku suruh kau buat survey pasal mamat tu.Malam tu jugak aku terus cari Skate America punya website.”
“Under the stream of conciousness la nie...”
Angguk. “Tapi tak boleh nak turn back dah.”
Wawa menggeleng. “Nak buat macam mana benda dah jadi...”Bahu si teman diraihnya.Mereka berjalan meninggalkan ramp. “Tapi rugi la.Kalau kau spend untuk boyfriend ke...Boleh la jugak nak harap dapat something back in return.”
“Ala...bukannya tak dapat anything langsung-langsung.”
“Apa yang kau dapat?”Kening Wawa terangkat sebelah.
Angkat kening double-jerk. “Haunted his life.”Dia sengih nakal.
Ketawa mereka pecah serentak.
***
Lampu bilik dah lama dimatikan.Yang menerangi malamnya kini hanya cahaya lampu dari meja studi.Ked bersila di atas katil.Matanya merenung kosong ke arah rak deck di sudut bilik.Foundation Poptop Logo yang masih berkilat itu mencuri pandangannya.Lady...Matanya jatuh pula pada The Diet for the New Millennium: The Millennium Diet. By Dr. James Atkins with Mary Gotschall di atas night-table.Dicapainya buku itu.Kulit keras itu dibukanya.
Our jargon may be different.This is what I understand by James Atkins Diet.Hope you like the deck anyway. Regards,Hadiah.
Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum nipis segaris membaca kata-kata itu.
Hadiah.Dia mengulang sepatah di dalam hati.Tak pernah aku dengar ada orang nama Hadiah.Ked menggosok batang hidung.Pandangannya menala pula pada laptop di atas meja studi.Hmm...Lambat-lambat dia bangun lalu melabuhkan diri di atas kerusi studi.Screensaver aksi Omar Hassan dihilangkan.Jemarinya mula berlari di atas keyboard.Otaknya berlari membuat equation.
Search Web.English-Arabic Dictionary.
Hadiah=Gift=Present.
Cut the latter.Biasanya orang use gift as hadiah.
Ked menaip ‘gift’ di dalam ruang search webpage dictionary.sakhr.com. Butang enter ditekan.Tanpa sedar dia menggendang palmrest menunggu.Page result keluar akhirnya.Matanya berlari meniti patah-patah kata Arab di hadapannya. Mencari yang mana valid untuk dijadikan nama kalau betul nama gadis tu semaksud dengan ‘hadiah’.Pandangannya terhenti.Atiyah.Berlari lagi.Nawal.Berlari lagi hingga ke hujung result.Dua tu je yang bunyi macam appropriate.Takkan nama budak tu Maunah kot.Memang la maksud sama.Ked merenung skrin.Nawal?Atiyah?Hadiah?
Minggu lepas accident tragedy bila mana James Atkins Dietnya bersiram melon juice dan spaghetti sauce.Dan hari nie Foundation Poptop Logo datang ke depan pintu rumah sebagai ganti.Sarcastic gesture?Bloody mahal punya sarcastic gesture.Ked mengadah siling.Where’s the fire,lady?