“Oh man...Atkins Diet aku!!!”Kedua belah tangannya dah memegang kepala. “Aaarrgghh!!!”Ked mengetap bibir menahan geram di petala ke lapan merenung deck yang dah bermandi watermelon juice dan bersiram sos spaghetti di atas pathway park.Deck baru...tak rasmi jejak ramp pun lagi!
Keningnya terangkat sebelah dalam serba-salah.Atkins Diet?!Otaknya tak dapat nak register. “Err..awak..”
Sejuk Ked..sejuk...Jangan kau buat scene kat sini.Tengah-tengah park nie.Jangan buat scene.Kalau nak cari fame buat scene skate je.Nak dikenali seantero dunia skate,libas deck je.Tak payah libas orang.Cool man..cool...Wajahnya tidak dialih dari Hellrose Deck James Atkins Diet yang dah macam Deck-plate Rojak Mamak Kuah Melon Juice.Fudge,Am,Rage dan Miju di belakangnya dah berpandangan. Aura reaktor nuklear bakal meletup kena bombard dengan Scud. Setenang air di kali,tapi kalau bab-bab deck,Ked Flop boleh mengamuk tahap ngeri!
“Err..Awak.Saya minta maaf.”Lembut dan perlahan dia bersuara.Wajah pemuda di depannya kini nyata merah padam meski dilindung cap yang ditarik rendah.
Ked Flop tak mengangkat pandangan dari hujung kain baju kurung di depannya.Lady,even kau perempuan sekalipun...nie brand-new Hellrose deck aku nie...James Atkins Diet pulak tu...Tertahan dia menarik nafas manahan dada yang rasa berbara.Dia menggeleng perlahan sambil tunduk mengambil decknya.Haila Atkins...Kena rojak kau hari nie.
Ked mengangkat wajah.Tajam dan dingin pandangannya jatuh pada gadis di depannya.Keningnya terangkat sebelah.Kenal budak nie.Bukan member Apek ke?Pernah nampak kat Ruffey?
“Kitorang..mintak maaf.”Gadis berbaju tee hanging putih dengan jeans biru dan rambut ikat ekor kuda itu teragak-agak bersuara.Orang cakap Ked Flop of Wrath cool sentiasa.Tapi kalau bab skate,mau datang temper dia sebab dia bercinta dengan deck je.
Pandangannya beralih pada gadis berbaju kurung kuning air bertudung putih yang melanggarnya dengan picnic basket tadi.Kontra dengan gadis member Apek tu. “Even datang dari kampung ceruk mana pun,at least jalan tengok la kiri kanan.” Toneless dan datar Ked menutur.
“We’re sorry,Ked.”Gadis ekor kuda itu yang menjawab perlahan.
Wajah gadis berbaju kurung itu berubah riak sejak mendengar kata-kata Ked tadi.“Mana kau kenal dia nie?”Rendah suaranya bertanya pada si teman dengan mata masih berlaga dengan pandangan pemuda di hadapannya.
“Sah bukan dari sini.Orang Felda memang tak kenal Wrath.”Ked masih lagi menjawab toneless.Geram yang ditahan hanya dilepas dalam bentuk ayat.Takkan nak libas minah baju kurung nie dengan Atkins rojak aku nie?Even silap-silap itu yang aku buat kalau logic tak kat kepala.
Wajah gadis ekor kuda turut sama berubah riak.Pandangannya beralih bergilir dari wajah si teman ke wajah Ked yang masih tak turun level merah mukanya.
Ked berpaling ke belakang. “Yok,gerak.Aku kena hantar Atkins pergi clean-up.”Tanpa sepatah kata lain dia terus melangkah melepasi gadis berdua itu.Masalah ada orang macam nie!
“Excuse me?Mr.Ked?”Terdengar suara gadis berbaju kurung memanggil.
Langkahnya termati tetapi dia tak berpaling.
“Betul la I tak kenal you.Pasal dekat Florida tak pernah dengar nama your clan.Sorry about that.”Tenang dan selamba si gadis baju kurung menutur. “We only have Bruce Walker*.”
Ked hanya menjeling ke belakang dengan hujung mata.Menyirap terasa darah ke muka.Damn you,lady.Tanpa sepatah kata lain dia terus melangkah pergi.

.
*Bruce Walker~the Godfather of Florida Skateboarding Scene,since the 70’s.The living legend.Can refer to his biography at
http://www.floridaskater.com/floridaskater%20bruce%20walker%20profile.htm
Fudge,Am,Rage dan Miju masih belum bersuara dari tadi.Riak wajah Ked beku mengadap Joe yang sedang mencari plastic bristle dari tool-box.
“Nie bukan Atkins diet nie.Nie dah heavy-menu.”Wajah keruh Ked dipandangnya sekilas. “Lepak la dude.Benda dah nak jadi nak buat macam mana.” Kain kering dicapai.Deck yang masih basah selepas disiram air itu dilap.
“Atkins tu jumpa ramp pun belum.”Ked menyandar di kerusinya. “Dah nak kena servis?”Capnya ditarik dari kepala dan dicampak ke riba. “Silap-silap kena tukar bearing*.Buat perabih duit aku je.”Rengusnya perlahan. “Bau spaghetti lagi tak?”
Joe ketawa menggeleng. “Ironi gila.Atkins Diet bau spaghetti.”
“Bengong la tu.Aku tak terasa nak buat lawak pun sekarang nie.”Wajah gadis berbaju kurung tu menerjah ingatan.
Betul la I tak kenal you.Pasal dekat Florida tak pernah dengar nama your clan.Sorry about that.We only have Bruce Walker.
Damn cool and selamba.Tercalar ego aku.Bengong!Florida,huh?!Baju kurung pakai tudung. Florida?And even know who the heck is Bruce Walker?Tak click langsung!Jatuhkan air muka aku,lady.Jarinya dipetik-petik geram.Tapi kalau nak menangkan ego lelaki kau tu pun apa yang kau nak buat Ked?Slap her?Dayus namanya.Fire dia balik?Tak ke mana.Diam maybe the best option.Tapi terasa terpukul macam kena libas dengan lazor flip sedas kat kepala.Shuvit,girls!Bloody mess!
“Tak sangka aku budak tu kenal Bruce Walker.”Rage menggosok dagu.
“Really?”Kening Joe terangkat sebelah.Tangannya cekap memberus bearing sementara tangan sebelah lagi memegang hair-dryer. “Budak clan mana tu?Perempuan kan?”
Fudge sengih kelat.Wajah Ked dipandangnya sekilas. “Ked kata budak Felda.”
Zap!Melayang cap di riba ke kepala Fudge.Namun cekap temannya itu menangkap.
“Mangkuk kau,Fudge.”
Ketawa pecah.
Kening Joe terangkat. “Macam interesting je.Budak clan Felda?”
“Dia datang picnic dengan kawan dia kat park tu.Kawan dia tu rasanya budak area kita sebab kenal kitorang budak Wrath.Kawan dia tu kira OK la.Dress code normal.”Miju memutar wheel deck di riba.
“Dah tu budak yang langgar Ked tu dress code Alien Workshop?”Joe mematikan hair-dryer.
“Baju kurung...!Pakai tudung...!”Serentak Miju,Am,Rage dan Fudge menjawab berlagu.Serentak juga ketawa mereka pecah.
“Woo..hoo...”Joe angkat kening double-jerk. “Aku tabik spring.I’m impressed. Even kenal Bruce Walker.Hah..ha..”Wajah Ked dipandangnya. “Felda mana?”
Ked hanya menjulingkan mata. “Felda Florida kalau ikut kata dia.”
“O~la.No wonder tau Bruce Walker.”
“Gaya betul je Florida.”Ked bangun dari kerusinya lalu melangkah ke kaunter tempat Joe bekerja. “OK tak?”Pandangannya menala pada Atkins.
“Ngalahkan bawak bini pergi pregnancy test.”Am mengadah siling sambil menggeleng.
“Ked Flop....”Fudge,Rage dan Miju berpandangan sambil tersengih.
Ked tak ambil pusing. “Ada prob karat tak?Gila...kena siram dengan melon juice.Spaghetti sauce lagi tu.Mau tak wassalam bearing,truck,dengan wheel.”
“Oil selalu la.”Joe memutar wheel dengan hujung jari. “Bau spaghetti nie aku tak tau nak tolong cemana dah.Tak maunye hilang.Ada jugak trace.Sembur je la dengan perfume ke pekenama ke...”
Ked mengeluh lanjut. “Atkins aku...”
__________________________________________________________________________________
*bearing-the lil’ metal thingy yg kinda control the spin of the wheel.If it aint spinning freely nemore,you might pun your ribcage or patela[kepala lutut] at stake.
*truck-not the Transformer’s truck yg gedabak tu.Basically it’s the thingy yg connect the wheels to the deck[papan skateboard tu].